
Iskandar Puteri, 6 Jun 2026 - Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) terus menunjukkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar menerusi Program “Satu Pokok, Satu Harapan” yang diadakan di SIREH Park. Melalui program ini, sebanyak 500 batang pokok telah ditanam sebagai simbol harapan ke arah masa depan yang lebih hijau dan mampan.
Program ini turut mencerminkan sokongan berterusan LPJ terhadap inisiatif “Plant That Tree” yang sedang giat dijalankan di SIREH Park. Usaha penanaman pokok ini bukan sahaja membantu meningkatkan kawasan hijau, malah menyumbang kepada pemeliharaan biodiversiti serta kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
SIREH Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada LPJ atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus memberi manfaat kepada alam sekitar serta menjadi warisan berharga untuk generasi akan datang.
Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan
https://www.facebook.com/share/p/1973Qe7A72/?mibextid=wwXIfr https://www.instagram.com/p/DZZGfuHGPSj/?igsh=ZzNpYzVpdHFna21s


10 Jun 2026

6 May 2026

30 Apr 2026
Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
+607-231 7881