
Iskandar Puteri, 6 Mei 2026 – Johor Indian Food Festival 2026 yang berlangsung di SIREH Park dari 1 hingga 3 Mei 2026 berjaya menarik kehadiran ribuan pengunjung serta memeriahkan suasana dengan kepelbagaian juadah autentik India, persembahan kebudayaan, muzik dan tarian yang penuh warna-warni sepanjang tiga hari penganjuran.
Pelbagai aktiviti komuniti turut diadakan termasuk pertandingan mewarna, penyampaian anugerah kepada 50 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), serta Pertandingan Thirukural (puisi) yang melibatkan 150 pelajar dari seluruh Negeri Johor. Festival ini turut disertai lebih 800 penunggang motosikal dari pelbagai negeri di Malaysia, menjadikannya lebih meriah dan inklusif.
Majlis perasmian festival telah disempurnakan oleh Sugumaran Raman bersama Puan Wong Foong Yee, Ahli Majlis Zon 14 (Bukit Horizon). Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Peniaga-Peniaga dan Usahawan Kecil Komuniti India Johor Bahru atas kerjasama dalam menjayakan festival ini yang bukan sahaja meraikan budaya, tetapi turut mengukuhkan hubungan komuniti di Iskandar Puteri.

Ditulis: Inarah Mutalib ; Jurufoto: Izzan
https://www.facebook.com/share/p/18Cxut3BD3/?mibextid=wwXIfr https://www.instagram.com/p/DX-5GmkmEFx/?igsh=M3U2Ynh4c252cTNl

6 May 2026

30 Apr 2026

12 Dec 2025
Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
+607-231 7881